ความคิดเห็นที่ 106
ใครมีความรู้ ช่วยแปลให้หน่อยครับ ได้มาจาก
http://www.muslimthailand.com
-----------------------------------------------------------
Thaksin saorang pemimpin Ketagih Darah.
Apa yang berlaku di bumi Patani pada 25 oktober amat menyayat hati bagi insan yang mempunyai marwah dan berperikemanusiaan dengan terkorbannya 85 orang awam yang tak bersenjata, beratus-ratus lagi cedera, satu ribu empat ratus lebih penunjuk perasaan di tangkap dan berpuluh-puluh lagi hilang entah kemana. Itu adalah bukti dendam seorang pemimpin yang facis terhadap bangsa melayu Patani yang beragama islam, dengan niat yang jelas hendak menghapus bangsa itu di muka bumi ini.
Apakah benar penunjuk perasaan bersenjata?
Seluruh dunia tahu bahawa di wilayah-wilayah Patani sekarang ini berada di bawah pemerintahan militari (Martial Law} yang telah berkuat kuasa sejak berbulan-bulan lalu untuk membenteras kegiatan para pejuang Patani dan membenteras senjata. Jadi adakah masuk akal para penunjuk perasaan yang datang berkumpul dengan secara aman untuk membantah pihak berkuasa Thailand di balai polis Takbai (Taba atau Tabal) membawa senjata?, sedangkan sekatan jalan raya di merata tempat di setiap pelusuk bumi Patani. Adakah ia membolehkan mereka itu membawa senjata? Jawapan mudah saja tanya Taksin, Sriwichai atau Pisarn akan dapat jawabannya. Segala-galanya di tangan mereka bertiga ini.
Orang-orang Patani amat arif tentang tingkah laku pihak berkuasa Thailand. Sudah banyak bukti perilaku pihak berkuasa Thailand seperti menanam senjata di kawasan rumah orang-orang Patani pada sebelah malam dan pada keesokan hari mereka datang dengan anjing pengesan, kereta kebal dan menggalinya serta menahan warga Patani yang tak berdosa. Dan ada mereka yang hilang tak tahu kemana dan tanpa berkubur.
Pada kali ini amat aneh dan lebih kedepan lagi perbuatan Regim Thaksin dan koncunya. Mengikut pengamatan saya tidak ada lagi dalam sejarah maknusia sama ada moden atau kuno melaku kekejaman sebagitu rupa terhadap sesama maknusia, apatah lagi di kala dunia yang di warwar sudah moden. Perbuatan yang biadap lagi terkutuk ini, di lakukan pada terang-terangan dan di hadapan mata dunia sejagat. Rupanya Taksin dan regimnya adalah Drakula sejati, bukan lagi Drakula cerita dongen.
Apa yang berlaku adalah rakyat Patani mengadakan perhimpunan bantahan secara aman untuk mendapat keadilan kepada 6 orang yang telah di tahan pihak berkuasa Thailand. Mereka adalah pegawai keselamat kampung yang di lantik oleh regim Taksin sendiri. Perhimpunan dan bantahan secara aman bertukar menjadi tragidi penyembelihan berdarah. Di sini persoalan siapa yang mengguna senjata dan dari mana senjata itu? Kanak-kanak kecil di Patani dapat menjawab soalan ini. Maka berlaku pertumpahan darah pada saat itu seramai 6 orang penunjuk perasaan terkorban, beratus-ratus cedera terkena
timbakan senjata api. Huru hara tercetus di kalangan penunjuk perasaan. Mereka di kepong dan di tahan lebih dari satu ribu orang. Pihak berkuasa mengisytihar bahawa keadaan adalah terkawal dan dapat menyurai perhimpunan itu. Seluruh dunia menarik nafas lega walaupun tidak menduga sama sekali bahawa regim Taksin akan mengguna senjata api untuk menyelesai perhimpunan itu.
Para penunjuk perasaan telah di ikat kedua-dua tanganya di belakang, digari, dan di tambat dengan tali panjang sesama mereka seperti mencucuk ikan. Mereka semua di telanjang dari pakain tanpa berbaju, dan di baring dengan bertimbun sesama mereka seperti anak-anak babi yand hendak disembelih di pusat sembelihan Thailand. Para tahanan adalah orang islam dan pada hari ini adalah bulan puasa, tentulah mereka semua berpuasa. Apa yang terpapar di kaca TV seluruh dunia melihat, para tahanan di perlakukan lebih hina dari binatang sembelihan. Persoalan disini Apakah pendapat Thaksin tentang orang-orang melayu islam Patani, adakah mereka itu layak untuk diberi status sebagai maknusia? Maka berlaku lah episod perpindahan para tahanan dari balai polis Takbai ke kem tentera di Patani. Kesempatan dan masa inilah Drakula mengambil kesempatan untuk menghapus para pemuda Patani yang tak bersenjata dan yang cinta kedamain dengan sekelip mata saja nyawa mereka tercabut tinggal badan yang tak bernyawa seramai 78 orang, tidak termasuk yang terpaksa di kerjar ke hospital untuk mendapat rawatan.
Drakula Thaksin dan kuncunya memang pandai berlakon dan bersendiwara, pada satu ketika Taksin menyatakan dia tidak akan melampaui batas kemaknusiaan dalam menghadapi para penunjuk perasaan, hanya biberapa ratus orang saja mengadakan tunjuk perasaan. Katanya lagi para penunjuk perasaan menguna senjata api lalu terpaksa pihak berkuasa mengguna kekerasan untuk menyuraikannya. Pada sebelah malam pula Thaksin menapi pihak berkuasa mengguna senjata api. Kita perlu tanya Thaksin sekali lagi. Apakah sebenar berlaku di balai polis Takbai? Adakah gambar-gambar yang disiar oleh TV Thailand itu adalah filem Cowboy dari Amerika? Para askar, polis dan komandor yang lengkap bersenjata M16 yang berkubu di sebalik dinding konkrit balai polis serta melepas tembakan menuju kearah siapa? Adakah muncung M16 kearah langit atau kepada penunjuk perasaan? suara tembakan dapat dengar melalui siaran TV. Thaksin Tak perlu berselindong lagi, kerana segala-galanya jelas lagi terang, dan ada buktinya. Tetapi yang menyayat hati ialah para tahanan digari, diikat kedua-dua tangannya dan di pindah ke kem tahanan di Patani dengan di humban kedalam lori.
Dunia cukup arif peradaban dan tata cara serta tanggong jawab di situasi seperti ini. Apakah sebenar berlaku terhadap para tahanan itu? Thaksin secara peribadi bertanggung jawab sepenuhnya kerana beliaulah orang yang bertanggungjawab secara langsong wilayah-wilayah Patani. Sriwichai dan Pisarn adalah boneka suruhanya yang melaksana titah perintah Drakula Thaksin. Tembelang sebenar perdana menteri Siam telah terbongkar, dia adalah saorang pengecut, berani melaku kekejaman terhadap mereka yang tidak berupaya melawan dengan kedua belah tangannya terikat dan di gari.
-----------------------------------------------------------
Thaksin dan para generalnya masih lagi tak mengerti
Thaksin dan orang-orangnya lebih suka kepada pendekatan ”Takut dan Bunuh”. Ertinya bunuh saja orang Melayu Patani tujuannya menakutkan mereka, tapi yang jelas semenjak dari awal tahun ini, pendekatan itu tak mendatang apa-apa natijah atau apa kebaikan kepada rejim Thaksin. Malahan pulihan ribu bala askar dan seldadunya dengan kelengkapan alat dan dan senjata di merata pelusuk bumi Patani tidak dapat menghalang dan membendung apa yang disifat oleh Siam sebagai kegaganasan, bahkan kegaganasan makin memuncak.
Dan yang paling nyata sekali askar dan seldadu Siam sentiasa berada dalam ketakutan dan menghadapi kegilaan, sebabnya mereka dikelilingi oleh musuh. Musuh itu adalah semua orang Melayu Patani.
Thaksin dan para generalnya masih lagi tak mengerti atau berpura-pura tak mengerti bahawa ratusan ribu juta bhat peruntukan perangnya di Patani tak dapat menakut orang-orang Patani lagi.
Thaksin dalam perancangan pembunuhan beramai-ramai anak-anak muda Melayu Patani pada 25/11 di Taba kali ini tujuanya menghatar isyarat bahawa dia bersedia berbuat apa saja walaupun itu mengatasi batas-batas kemaknusian
semata-mata untuk memberi amaran kepada orang-orang Patani bahawa dia bersedia nak sembelih orang-orang melayu Patani dalam keadaan mana sekali pun.
Tapi sedar atau tidaknya Thaksin bahawa, dia hanya memberi minyak baru untuk orang-orang Patani terus bangkit berjuang menentang Siam, kerana Siam itu adalah satu kuasa penjajah yang sudah tak dapat dimaafkan lagi oleh orang-orang Melayu Patani. Dan sudah tentunya bahan kebangkitan dari kejadian 25/10 sudah mula penjajah Siam rasa dengan berbagai tindak balas dan akan terus membara.
-----------------------------------------------------------
Kepada Semua Anak Bangsa Melayu Patani! Sekali lagi rejim Thaksin membunuh dan menyembelih anak bangsa kita secara beramai-ramai sesuka hati mereka dan mengatasi segala adab dan norma-norm kemaknusian. Pada mulanya Siam mengaku membunuh 6 orang saja dan menahan lebih dari 1000 orang, setelah didedah oleh agensi-agensi berita antara bangsa terpaksa mengaku bahawa mereka telah membunuh lebih dari 78 orang tahanan semasa dalam perjalan ke markaz tahanan. Pembunuhan itu dilakukan semasa tahanan-tahanan dalam truck. Dan sekali lagi Thaksin membohongi dunia bahawa mereka itu mati akibat lapar dadah, dahaga air dan sebagainya.
Itu adalah telatah biasa bagi Thaksin dan orang-orangnya.
Di kali ini kejadianya berlainan dari pembunuhan beramai-ramai oleh Thaksin keatas anak muda Melayu Patani didalam masjid Kerisik beberapa bulan lalu. Pada kali ini anak-anak muda berkumpul melayu agar 6 orang Melayu di bebaskan dan untuk mengtahui keadaan mereka, sama ada mereka ini masih lagi hidup atau tidak, kerana biasanya kalau dah masuk ketangan Siam kebanyakan orang Melayu akan hilang tanpa berkubur.
Yang jelas kini, walau apapun jalan yang kita pilih, semaada jalan damai atau jalan kekerasan natijahnya sama, bagi Thaksin dan orang-orangnya tak kenal dan tak tahu adab atau norma-norma kemaknusian. Siam dan Thaksin tahu hanya satu jalan saja untuk menakut dan mengajar Umat Melayu Patani ialah dengan guna mucung senapang. Siam amat ghairah dan amat suka membunuh Umat Melayu Patani dan memberi layanan lebih keji dari anjing-anjing kurap.
Dengan itu. Ayuh anak bangsa Melayu Semua, kita bersama bangkit berjihad dan berjuang. Kita bersama bangkit angkat panji-panji Allah menentang habis-habisan penjajah Siam yang durjana.
Jangan sama sekali kita berduka diatas kehilangan anak-anak muda kita. Mereka itu adalah syuhada dan bunga-bunga bangsa kita.
จากคุณ :
ท้าวปากจัด
- [
วันออกพรรษา 16:55:10
]
|
|
|